Isnin, 30 April 2012

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU MAHASISWA UNISEL


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatu,


Alhamdulillah, syukur kepada Allah di atas limpahan dan kurniaan kerana masih diberikan peluang bernafas dimuka bumi ini. Indah sungguh hidup ini jika bersulamkan hati yang sentiasa mengingati Allah dan RasulNYA. Sungguh, hati yang berkecamuk pasti akan menjadi tenang. Zikir dan Fikir kunci melahirkan jiwa yang sihat. Minggu ini merupakan Minggu Tekad Siswa bagi pelajar-pelajar baru Unisel. Minggu Tekad Siswa diadakan setiap semester setiap kali pengambilan pelajar baru. Minggu Tekad Siswa bertujuan memperkenalkan serba sedikit keadaan Unisel kepada Pelajar Baru agar mereka memahami keadaan dan situasi kehidupan di kampus. Tahniah diucapkan kepada mereka yang menjadikan Unisel sebagai medan untuk mencari ilmu. Benar, dimana-mana sahaja boleh mendapatkan ilmu kerana alam ini adalah sekolah kita yang terbesar namun perlu diketahui suasana dan kehidupan yang spesifik perlu dalam pencarian ilmu. Ilmu itu tidak hanya difokuskan di dalam buku sahaja namun ilmu di dalam mendisiplinkan diri. Bagaimana ingin melahirkan pelajar yang cemerlang dan jiwa yang cemerlang. “ Excellent with soul”.

Jika dahulu di Sekolah setiap pagi wajib untuk bangun ke Sekolah. Namun berbeza di dalam kampus, pelajar hanya ke kelas jika jadual menunjukkan pada hari tersebut ada kelas. Jika dahulu wajib berpakaian ragam namun di kampus hanya berpakaian biasa. Kehidupan di dalam kampus membuatkan kita lebih berdikari,mengapa? Kerana di dalam kampus kita mengenal pelbagai ragam kawan-kawan yang sebelum ini mungkin kita tidak kenal, di dalam kampus kita akan mandiri sendiri, di dalam kampus kita wajib mencari bahan sendiri bagi menyiapkan tugasan yang diberikan, di dalam kampus kita belajar apa itu hidup. Mahu atau tidak, setiap pelajar akan melaluinya. Kelihatan pahit pada awalnya, namun akhir sekali mungkin menjadi kenangan yang paling manis. Alam kampus merupakan kehidupan yang paling manis untuk diingati.

Pesanan kepada pelajar baru Unisel sesi 3/2011/2012, capailah ilmu itu sebanyak mungkin, genggam erat ia hingga menjadi bara dan semangat kalian dikemudian hari. Jadilah pelajar yang berjaya bersama jiwa. Pelajar yang mampu memanusiakan manusia. Semoga ilmu yang dicapai di Unisel diberkati dan cemerlang dunia akhirat. Dalam berusaha mencapai kejayaan tidak lupa zikir dan fikir.Akhir sekali , berserah kepada Allah.

Wassalam..

Hdariyani Kampun
Exco Penerangan dan Penerbitan
Majlis Perwakilan Pelajar Unisel Sesi 2012


Tiada ulasan: