Selasa, 8 Mei 2012

Semester Baru



Bestari Jaya, Selangor - 5 Mei 2012, semua pelajar Universiti Selangor (UNISEL) secara rasmi memulakan semester baru masing-masing. Kami di Majlis Perwakilan Pelajar mendoakan semester baru yang hadir ini akan lebih memberi seribu satu makna kepada anda. Mungkin ada dianatara kita yang kurang bernasib baik di semester lalu, tetapi jadikanlah ia sebagai satu cabaran dan batu loncatan buat kita sama-sama meningkatkan prestasi akademik kita. Jangan mudah berputus asa., Tanamkanlah misi dan visi baru. Moga-moga kehidupan dan pembelajaran kita sebagai mahasiswa bertambah baik dan lebih terurus.

Mohd Jeffri Abu Hassan
YDP
Majlis Perwakilan Pelajar Unisel Sesi 2012 

Rabu, 2 Mei 2012

Minggu Tekad Siswa (MTS) sesi 3/2011/2012




Bestari Jaya, Unisel – Minggu Tekad Siswa (MTS) telah berlangsung selama 4 hari bermula 29 April 2012 hingga 2 Mei 2012. Minggu Tekad Siswa ini dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Unisel dan dibantu oleh Fasilitator-Fasilitator. Sebelum Minggu Tekad Siswa ini berlangsung, satu induksi telah diadakan selama sehari bagi menguji tahap kepimpinan serta kemantapan fasilitator dalam menjalankan tanggungjawab.  Program orientasi ini dihadiri seramai 347 pelajar baru Universiti Selangor termasuk lelaki dan perempuan bagi pengambilan sesi 3/2011/2012.

Pengisian bagi Minggu Tekad Siswa kebiasaanya lebih kepada memperkenalkan suasana kampus kepada mahasiswa baru Unisel. Memperkenalkan Tugasan Hal Ehwal Pelajar serta unit-unit yang berkaitan juga memperkenalkan Majlis Perwakilan Pelajar 2012 bagi urusan kebajikan mahasiswa. Dewan utama menjadi pangkalan bagi melakukan hampir keseluruhan program ini. MTS yang dihadiri seramai 37 orang Fasilitator ini dibahagikan mengikut biro masing-masing.

Program berakhir dengan aktiviti penutupan pada 2 Mei  2012 dengan memberi peluang kepada mahasiswa baharu melakukan persembahan.











Hdariyani kampun
Unit Penerangan dan Penerbitan
Majlis Perwakilan Pelajar Unisel 2012