Rabu, 15 Februari 2012

Serbuan Sempena Kempen "No Valentine"

14 Februari 2012, Bestari Jaya (UNISEL) : Majlis Perwakilan Pelajar ,Hal Ehwal Pelajar(HEP), Jana Niaga, Majlis Residen dan Wakil Kampung Bestari Jaya berjaya mengadakan serbuan pada malam semalam di sekitar kawasan Unisel. Serbuan ini diadakan bersempena kempen "No Valentine". Pembahagian kumpulan telah diadakan bagi melakukan serbuan dengan lebih teliti. Beberapa pelajar telah ditangkap kerana berdua-duaan tanpa ada hubungan yang sah. Pelajar tersebut dibawa ke masjid dan diberikan kaunseling. Semoga kempen-kempen dan serbuan seperti ini tidak hanya berlaku sekali setahun namun dilakukan berkala.


Hdariyani Kampun
Exco Penerangan dan Penerbitan
Majlis Perwakilan Pelajar 2012
Universiti Selangor

Rabu, 8 Februari 2012

PRU KAMPUS 2012

8 February 2012, Bestari Jaya : PRU Kampus telah selesai diadakan. Tahniah dan Takziah diucapkkan kepada mereka yang terpilih. Semoga kepimpinan kali ini mampu membawa kepada pembangunan Universiti. Kepada yang tidak terpilih, ingat ini bukan medan untuk bertanding mencari populariti. Kepimpinan memiliki tanggungjawab yang banyak untuk di lakukan. Bukan hanya semata-mata memegang jawatan dan mendapatkan sijil. Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2012 insyaAllah akan membawa sesuatu yang baru kepada mahasiswa/i Unisel.

Hdariyani Kampun,
Exco Penerbitan dan Penerangan
Majlis Perwakilan Pelajar 2012