Rabu, 11 April 2012

Perutusan Tahniah Sempena Pertabalan Yang DiPertuan Agung Ke-14


Perutusan Tahniah Majlis Perwakilan Pelajar Unisel sesi 2012/2013
Sempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Ke-14

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu,

Majlis Perwakilan Pelajar Unisel Sesi 2012/2013 mengucapkan setinggi-tinggi  Tahniah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah  yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 14  pada 14 April 2012 sebentar tadi. Tahniah diucapkan keBawah Duli Yang Maha Mulia kerana perlantikan kali kedua selepas  menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima bagi tempoh 21 Jan 1970 hingga 20 Sept 1975.

MPP Unisel dan Mahasiswa lainnya berharap Yang DiPertuan Agung dapat memakmurkan  Malaysia agar  terus aman damai serta semua kaum hidup dengan persefahaman dan bertoleransi dalam menjalani kehidupan seharian mengikut ajaran islam.  Pentingnya kesatuan islam ini agar dapat sama-sama menjadikan Negara yang makmur dari segala segi dalam menjalankan kehidupan semuslim.

MPP Unisel juga berharap dengan Perlantikan Yang DiPertuan Agung ini agar dapat menjalankan kehidupan di Negara ini secara totalnya mengikut ajaran Islam agar kehidupan ini bertambah lebih makmur dan  aman damai . Garis Panduan yakni Al-Quran telah menjelaskan segalanya dan untuk mendapatkan yang terbaik perlulah merujuk Al-Quran sebagai panduan. Islam adalah damai maka carilah damai di dalam islam.

 MPP Unisel juga berharap agar setiap segala pentadbiran dalam Negara samaada politik mahupun ekonomi  perlulah telus dan jujur dalam melaksanakan tanggungjawab serta amanah. Segala –galanya sudah termaktub di dalam Buku Panduan Kita yakni Al-Quran. Bukankah itu juga sifat-sifat Rasulullah S.A.W yang perlu kita contohi.

Semoga juga DYMM Tuanku dapat menjadi payung kepada kami sebagai pelindung dan kami juga memainkan peranan sebagai rakyat agar tidak berlaku kezaliman kepada Negara. Akhirnya, semoga DYMM Tuanku mendapat berkah di dalam hidup dan dipanjangkan usia dan dapat menjalankan dan menghidupkan kemakmuran di dalam Negara ini serta menyebarkan Rahmatan lil Alamin. Amin.

Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!

Mohd Jeffry Abu Hassan
Yang DiPertua
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Selangor [UNiSEL] Sesi 2012/2013

1 ulasan:

Amar Ariff berkata...

Assalamualaikum wbt

Diucapkan setinggi-tinggi taniah dan Daulat Tuanku DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang baru... diharapkan supaya tuanku dapat memerintah dengan adil dan sak saksama

ALLAH HU AKBAR !!!
ALLAH HU AKBAR
ALLAH HU AKBAR !!!