Sabtu, 3 Mac 2012

Skop Kerja Majlis Perwakilan Pelajar

YANG DIPERTUA :  MOHD JEFFRI ABU HASSAN

1.       Dalam tempoh jawatannya, seseorang Yang di-Pertua hendaklah:-
A. Bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan persatuan bagi mencapai tujuan-tujuan yang termaktub dalam perlembagaan dalam mentafsir, menghurai dan menjelaskan dasar persatuan serta membuat ketetapan mengenainya;
B. Mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi menjamin perpaduan, persefahaman, kelancaran persatuan dan kesungguhan Exco-Exco dan jawatankuasa kerja dalam menjalankan tugas-tugas masing-masing;
C.  Bertanggungjawab menetapkan dan mempengerusikan semua jawatangkuasa kerja persatuan; dan
D.      Mengurus pentadbiran dan hal ehwal persatuan serta bentanggungjawab mengelola aktiviti-aktiviti persatuan pelajar yang bernaung di bawah persatuan.

NAIB YANG DIPERTUA: FAKARUDDIN BIN TAJUDDIN

1.       Dalam tempoh jawatannya, seseorang Naib Yang di-Pertua hendaklah:-
A.   Mengambilalih tugas dan peranan Yang di-Pertua semasa ketiadaan beliau dalam sebarang urusan persatuan;
B.      Membantu Yang di-Pertua mentadbir persatuan di cawangan mana NYDP dilantik; dan
C.  Memastikan gerak kerja Exco-exco dalam persatuan berjalan lancar dan berlandaskan perlembagaan persatuan.

TIMBALAN NAIB YANG DIPERTUA: SHUAIB BIN YUNUS

1.       Dalam tempoh jawatannya, seseorang Timbalan Naib Yang di-Pertua hendaklah:-
A.      Mengambilalih tugas dan peranan Naib Yang di-Pertua semasa ketiadaan beliau dalam sebarang urusan Persatuan;
B.      Membantu Naib Yang di-Pertua mentadbir Persatuan di cawangan mana TNYDP dilantik;
C.      Memastikan gerak kerja Exco-exco dalam persatuan berjalan lancar dan berdasarkan Perlembagaan Persatuan.

SETIAUSAHA AGONG:NURUL ATIQAH BINTI MAT YUSOF

1.       Dalam tempoh jawatannya, seseorang Setiausaha Agong hendaklah:-
A.  Bertanggungjawab secara langsung kepada Yang di-Pertua dan Persatuan dalam menyediakan laporan mengenai gerakan Persatuan;
B. Merupakan penyelaras kepada kerja-kerja dan tugas-tugas yang diperuntukkan kepada Setiausaha Agong bagi setiap program yang dijalankan di bawah Persatuan di Universiti;
C.   Bertanggungjawab melaporkan kepada Yang di-Pertua dan persatuan di atas segala tindakan yang dijalankan berhubung dengan pentadbiran dan kegiatan persatuan;
D. Memastikan sebarang penyata mengenai kerja dan kemajuan Persatuan bagi tujuan penyebaran maklumat ke seluruh Universiti;
E.     Bertanggungjawab keatas kesempurnaan semua mesyuarat persatuan dari segi kelancaran dan pemberitahuan kepada ahli;
F.     Memastikan minit mesyuarat Persatuan dicatit dan diedarkan kepada ahli-ahli yang terlibat; dan
G.     Mengawalselia semua urusan rasmi Persatuan dengan pihak luar Universiti dengan kerjasama daripada Exco yang berkenaan.

SETIAUSAHA: NOR ADEENA BINTI AHMAD

1.       Dalam tempoh jawatannya, seseorang Setiausaha hendaklah:-
A. Bertanggungjawab secara langsung sebagai pembantu kepada Setiausaha Agong dan Persatuan dalam menyediakan laporan mengenai gerakan Persatuan di cawangan mana Setiausaha itu dilantik;
B.  Merupakan penyelaras kepada kerja-kerja dan tugas-tugas yang diperuntukkan kepada Setiausaha bagi setiap program yang dijalankan di bawah Persatuan di cawangan mana Setiausaha itu dilantik;
C. Memastikan sebarang penyata mengenai kerja dan kemajuan Persatuan bagi tujuan penyebaran maklumat ke seluruh cawangan dimana Setiausaha itu dilantik.

BENDAHARI KEHORMAT : SITI NORAINI BINTI KHALID

1.       Dalam tempoh jawatannya, seseorang Bendahari Kehormat hendaklah:-
A.      Bertanggungjawab ke atas kesempurnaan kewangan Persatuan;
B.      Menyediakan anggaran belanjawan tahunan Persatuan kepada Pejabat HEP;
C.  Merupakan penyelaras penyata belanjawan bulanan dan tahunan setelah semua bendahari cawangan menyediakan belanjawan bulanan dan tahunan Persatuan di setiap cawangan;
D.   Bertanggungjawab menyediakan laporan dan penyata kewangan bulanan atau tahunan untuk diperiksa oleh Bendahari Universiti di mana penyata tahunan dan penyata bulanan perlulah di bentangkan di dalam mesyuarat Persatuan terlebih dahulu;
E.   Mengawal pengaliran wang keluar-masuk Persatuan dan mengemaskini akaun Persatuan untuk dibentangkan kepada Bendahari Universiti; dan
F.   Menyediakan kewangan Persatuan dengan kerjasama Exco berkenaan.

BENDAHARI : MOHD AZLAN BIN MOHD SHAH

1.       Dalam tempoh jawatannya, seseorang Bendahari hendaklah:-
A.   Bertanggungjawab secara langsung sebagai pembantu kepada Bendahari Kehormat ke atas kesempurnaan kewangan Persatuan di cawangan mana Bendahari itu dilantik;
B.  Menyediakan anggaran belanjawan tahunan Persatuan di cawangan mana Bendahari itu dilantik kepada Bendahari Kehormat;
C. Menyediakan penyata belanjawan bulanan dan tahunan Persatuan di cawangan mana Bendahari itu dilantik kepada Bendahari Kehormat; dan
D.  Membantu Bendahari Kehormat dalam menyediakan kewangan Persatuan di cawangan mana Bendahari dilantik dengan kerjasama Exco berkenaan.

EXCO KEBAJIKAN, ADUAN & PENGINAPAN 

WAN MD SAIFUL HAKIM BIN WAN HANAPI

1.       Dalam tempoh jawatannya, seseorang Exco Kebajikan, Aduan & Penginapan hendaklah:-

A.      Bertanggungjawab secara langsung untuk menjaga kebajikan pelajar Universiti;
B.      Menerima segala aduan yang disuarakan oleh pelajar dan bersedia untuk melaksanakan segala aduan yang diterima serta membawa segala permasalah berkaitan keperingkat Majlis Tertinggi Persatuan;
C.  Menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan penginapan pelajar di kolej kediaman Universiti dan membawa permasalahan kepada peringkat Majlis Tertinggi Persatuan;
D.      Mengawal selia segala pengurusan dokumen berkaitan Exco Kebajikan, Aduan & Penginapan sebelum diminta oleh Setiausaha untuk direkodkan sebagai laporan bulanan dan tahunan Persatuan.

EXCO EKONOMI, KEUSAHAWANAN & KERJAYA

NURUL KHAIRIAH BINTI MOHD YUSOF

1.       Dalam tempoh jawatannya, seseorang Exco Ekonomi, Keusahawanan & Kerjaya hendaklah:-
A. Bertanggungjawab secara langsung untuk merancang, melaksana dan menjaga ekonomi Persatuan dibawah seliaan Majlis Tertinggi Persatuan;
B.    Menguruskan segala hal-hal berkaitan dengan keusahawanan dan kerjaya;
C. Bertanggungjawab membawa hal-hal Ekonomi, Keusahawanan & kerjaya kepada pelajar Universiti dibawah seliaan Majlis Tertinggi Persatuan;
D. Mengawal selia segala pengurusan dokumen berkaitan Exco Ekonomi, Keusahawanan & Kerjaya sebelum diminta oleh Setiausaha untuk direkodkan sebagai laporan bulanan dan tahunan Persatuan.

EXCO PENERBITAN & PENERANGAN

HDARIYANI BINTI KAMPUN & NUR SYAFIQAH BINTI MOHD YUNUS

1.       Dalam tempoh jawatannya, seseorang Exco Penerbitan & Penerangan hendaklah:-
A. Bertanggungjawab secara langsung didalam urusan penerbitan informasi dan media berkaitan Persatuan;
B. Menyediakan segala informasi dan propaganda berkaitan Persatuan keseluruh Universiti dibawah seliaan Majlis Tertinggi Persatuan;
C.  Mengurus segala hal-hal berkaitan penerangan terhadap mana-mana badan berkaitan Persatuan dan mempastikan segala informasi kegiatan Persatuan diwartakan;
D.  Mengawal selia segala pengurusan dokumen berkaitan Exco Penerbitan & Penerangan sebelum diminta oleh Setiausaha untuk direkodkan sebagai laporan bulanan dan tahunan Persatuan.

EXCO PROGRAM KHAS, KESUKANAN & KEBUDAYAAN

CRONWALL MIZ JUFFLIN & MUHAMMAD IMANUDIN BIN RUSLAN

1.       Dalam tempoh jawatannya, seseorang Exco Program Khas, Sukan & Kebudayaan hendaklah:-
A.  Bertanggungjawab terhadap setiap program khas yang dilaksanakan oleh Persatuan termasuk Pesta Konvokesyen Universiti dibawah seliaan Majlis Tertinggi Persatuan;
B.    Menguruskan segala hal-hal berkaitan dengan Kesukanan & Kebudayaan;
C. Bertanggungjawab membawa hal-hal Kesukanan & Kebudayaan kepada pelajar Universiti dibawah seliaan Majlis Tertinggi Persatuan;
D. Mengawal selia segala pengurusan dokumen berkaitan Exco Program Khas, Kesukanan & Kebudayaan sebelum diminta oleh Setiausaha untuk direkodkan sebagai laporan bulanan dan tahunan Persatuan.

EXCO AKADEMIK & ALUMNI

KISHO A/L NAGENDRAN & PRIYASAGI A/P THANKARAJ

1.       Dalam tempoh jawatannya, seseorang Exco Akademik & Alumni hendaklah:-
A. Bertanggungjawab secara langsung didalam segala urusan berkaitan akademik dan alumni Unisel;
B.  Menguruskan segala hal-hal berkaitan dengan aduan sistem akademik universiti, pembelajaran, pengurusan fakulti, dan perlaksanaan aktiviti berkaitan akademik;
C.  Bertanggungjawab dalam mengumpul data alumni, menyelaras sistem alumni, dan melaksanakan aktiviti berkaitan alumni;    
D.   Menyediakan segala informasi dan data berkaitan alumni universiti;
E.  Mengawal selia segala pengurusan dokumen berkaitan Exco Akademik & Alumni sebelum diminta oleh Setiausaha untuk direkodkan sebagai laporan bulanan dan tahunan Persatuan.

 EXCO PERHUBUNGAN LUAR & PERANTARABANGSAAN

AHMAD FAWWAZ 'AFIFI BIN JAMALLODIN & MUHAMMAD SYAZRIL BIN AHMAD SYUKRI

1.       Dalam tempoh jawatannya, seseorang Exco Perhubungan Luar & Perantarabangsaan hendaklah:-
A.   Bertanggungjawab secara langsung untuk merancang, melaksana dan menjaga hubungan luar   Persatuan;
B. Menguruskan secara langsung urusan perhubungan luar Persatuan dan hubungan perantarabangsaan Persatuan dibawah seliaan Majlis Tertinggi Persatuan;
C.   Bertanggungjawab untuk menjalinkan kerjasama dan hubungan erat Persatuan dengan mana-mana badan yang berkaitan;
D. Mengawal selia segala pengurusan dokumen berkaitan Exco Perhubungan Luar & Perantarabangsaan sebelum diminta oleh Setiausaha untuk direkodkan sebagai laporan bulanan dan tahunan Persatuan. 

Tiada ulasan: