Ahad, 18 Mac 2012

MPP UNISEL bersama MyTINA Project

Semalam pada 17 Mac 2012, beberapa MPP UNISEL telah menghadiri program kerja amal di Wad Pediatrik, HKL yang dianjurkan oleh Puan Norazlin. Beliau yang melaksanakan program ini sejak 2011 lagi.
Ini keterangan lanjut sila ke Facebook MyTINA Project dan Blog MyTINA Project (tekan link tersebut)

Seramai 60 orang telah memeriahkan program kerja amal ini bersama beliau. Kami diberi beberapa beg besar yang telah diisi dengan pelbagai permainan kanak-kanak, buku-buku, alat tulis dan bermacam-macam lagi untuk diserahkan kepada kanak-kanak yang berada di wad tersebut. Terdapat 10 bilik wad dan didiami 3 atau 4 kanak-kanak. Kami dibahagikan 10 kumpulan dan terdiri dari 4 orang sukarelawan yang akan bersama kanak-kanak tersebut.

Program ini akan dilaksakan pada setiap bulan dan juga pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Chinese New Year and Christmas dan juga sewaktu cuti sekolah berlangsung. Sekiranya ingin mengikut program ini boleh berhubung Puan Norazlin atau pun salah seorang dari pelajar UNISEL iaitu Aisyah Nurhani. (tekan link tersebut)

Terima Kasih kepada Puan Norazlin dan Aisyah Nurhani kerana memberi peluang kepada kami, MPP UNISEL mengikuti program amal begini.


Pohon selasih di dalam kolam
Anak haruan berenang-renang
Terima kasih kami ucapkan
Budi tuan menjadi kenangan
 
 




















Tiada ulasan: