Isnin, 6 Ogos 2012

MPP MOHON ADAKAN MEJA RUNDINGAN UNISEL DAN JANA NIAGA



UNISEL BJ -3 Ogos 2012 merupakan hari bagi pelajar lama mendaftar masuk semula ke UNISEL bagi memulakan sesi pengajian. Seharusnya pada masa itu, berlakunya penyerahan kunci rumah daripada Jana Niaga Sdn Bhd, sebuah organisasi yang menguruskan tempat  tinggal Mahasiswa UNISEL. Namun, berlaku masalah kepada Mahasiswa apabila Jana Niaga Sdn Bhd tidak membuka pejabat seperti hari yang dijanjikan. Masalah ini menyusahkan pelajar terutamanya pelajar yang jauh kerana sukar bagi mereka untuk berpatah semula.
MPP UNISEL difahamkan terdapat permasalahan diantara pengurusan UNISEL dan Jana Niaga Sdn Bhd apabila UNISEL tidak membayar harga pembaikan asrama kepada Jana Niaga yang menyebabkan Jana Niaga bertindak tidak mampu membayar gaji kepada staf Jana Niaga sehinggakan staf Jana Niaga mengambil keputusan untuk mogok dengan tidak membuka waktu pejabat seperti yang dijanjikan. Ini seharusnya  tidak berlaku apalagi di tempat dimana berlakunya perkembangan budaya ilmu. Sewajarnya pihak tertentu mengadakan meja rundingan agar permasalahan ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya agar pelajar tidak menjadi mangsa kepada masalah yang berlaku.
Pengurusan UNISEL harus lebih peka dalam menghadapi masalah seperti ini. Jika pembayaran itu yang menjadi isunya, tunaikan hak Jana Niaga Sdn Bhd. Serta Jana Niaga Sdn Bhd juga harus menunaikan haknya untuk membayar gaji staf kerana staf itu juga punya keluarga yang harus disara dan paling penting tunaikan hak pelajar. Hak pelajar untuk menuntut ilmu di bumi UNISEL ini.
MPP UNISEL mohon penjelasan atas perkara ini dan berkeras agar pengurusan UNISEL dan Jana Niaga Sdn Bhd mengadakan meja rundingan.

MPP UNSIEL
SESI 2012/2013

Tiada ulasan: