Rabu, 15 Februari 2012

Serbuan Sempena Kempen "No Valentine"

14 Februari 2012, Bestari Jaya (UNISEL) : Majlis Perwakilan Pelajar ,Hal Ehwal Pelajar(HEP), Jana Niaga, Majlis Residen dan Wakil Kampung Bestari Jaya berjaya mengadakan serbuan pada malam semalam di sekitar kawasan Unisel. Serbuan ini diadakan bersempena kempen "No Valentine". Pembahagian kumpulan telah diadakan bagi melakukan serbuan dengan lebih teliti. Beberapa pelajar telah ditangkap kerana berdua-duaan tanpa ada hubungan yang sah. Pelajar tersebut dibawa ke masjid dan diberikan kaunseling. Semoga kempen-kempen dan serbuan seperti ini tidak hanya berlaku sekali setahun namun dilakukan berkala.


Hdariyani Kampun
Exco Penerangan dan Penerbitan
Majlis Perwakilan Pelajar 2012
Universiti Selangor

Tiada ulasan: